Pages

Friday

APA YANG KAU TAHU (HIDUP MAHU FIKIR)


Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Tuesday

POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

           
              Allah Taala berfirman (maksudnya), "Dan tidak sepatutnya semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan". At Taubah:122
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, "Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam". Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah Taala memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Monday

BERLAGU BIARLAH BERLIRIK (MOGA YANG BENAR TETAP BENAR)


PENGENALAN
Sejak daripada timbul dakwaan liwat kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kita sibukkan pula dengan isu sumpah, mubahalah, kesaksian dan perkara-perkara berkaitan. Terdapat banyak juga pandangan-pandangan daripada tokoh-tokoh agama seperti TG Dato’ Nik Abdul Aziz, TG Dato’ Seri Haji Abdul Hadi, Mufti Perlis, Mufti Perak, Dato’ Hasyim Yahya dan lain-lain. Dalam akhbar-akhbar ada memuatkan pandangan pemimpin-pemimpin negara mengenai isu tersebut.

Walaupun begitu, pandangan-pandangan tersebut dipetik secara terhad oleh media massa. Oleh itu, konsep keseluruhan tentang perkara ini tidak dapat ditanggapi oleh orang ramai. Ini membuka ruang kepada salah faham dan silap tanggapan dalam menilai pandangan-pandangan tersebut. Ada yang melihatnya sebagai saling bercanggah dan tidak konsisten. Ada juga yang mencampur adukkan beberapa konsep yang berbeza dalam membuat kesimpulan.

Ada juga pandangan yang terlalu jelas membesarkan isu tentang sahnya lafaz sumpah Saiful, tetapi tidak langsung mengaitkannya dengan hukum hudud mengenai liwat dan qazaf yang menjadi punca dan sebab kenapa Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat di masjid Wilayah Persekutuan. Iaitu pandangan mufti Wilayah Persekutuan Dr. Wan Zahidi Wan Teh.

Artikel ini bertujuan untuk meleraikan permasalahan tersebut dengan memberikan latar belakang tentang beberapa istilah syara’ yang digunakan oleh para ulama ketika memberikan komentar terhadap isu ini. Ini akan memudahkan kita memahami istilah dan konsep yang digunakan sehingga kita mampu menanggapi konsep keseluruhan terhadap isu yang dibangkitkan. Akhir sekali disertakan sedikit pandangan dan ulasan penulis mengenai isu ini.

Thursday

KUALITI DAN KUANTITI: SATU POLEMIK



          Allah Taala memuliakan ahli-ahli Iman dari kalangan makhlukNya, dan menghina ahli-ahli maksiat dengan kehinaan yang nyata. Allah pasti akan memberikan An Nasr (kemenangan) kepada golongan-golongan yang beriman kepadaNya walaupun dalam keadaan mereka sedikit dan mampu dikira, serta mengalahkan golongan-golongan batil dalam keramaian mereka. Kebatilan pasti akan dihancurkan tetapi hanya dengan pautan hati-hati manusia yang ikhlas, bukannya dengan berhimpun jutaan jiwa-jiwa manusia tetapi rohnya kering seperti kayu yang menunggu saat waktu dibakar, setelah apinya marak yang tinggal hanya debu dan arang yang berserakan. 

“(Orang-orang yang meyakini Allah berkata), ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar” – surah Al Baqarah:249

Banyak petunjuk-petunjuk daripada Al Quran dan Hadis mampu kita perolehi bahawa Islam mementingkan aspek kualiti daripada kuantiti (bilangan). Ini kerana nilai atau intipati sesuatu perkara bukan diukur dengan ramai atau ramai bilangannya, tetapi apakah kualiti hasil yang mampu dibuktikan. Al Quran mencela golongan-golongan majoriti (ramai), tetapi di dalamnya hanya dipenuhi oleh orang-orang yang tidak menggunakan sepenuh akalnya dan beriman kepada Allah dalam erti kata mematuhi dan melaksanakan segala perintahNya. Firman Allah Taala, “…Akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya” – surah Al Ankabut:63

Wednesday

TIADA PERUBAHAN DALAM PENGRUSAN EKONOMI:MALAYSIA DALAM BAHAYA

   
        Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2012, seperti biasa ayat yang akan keluar adalah azam bagi tahun 2012 ini ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya. Harap begitulah . Walaubagaimanapun, selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina?secara ringkas ia berkisar kepada negara Argentina yang telah membuat pinjaman dengan  Boston Bank, Barring Brothers Bank dan lain-kain lagi. Bank yang jadi pemiutang itu pula jual hutang Argentina itu kepada bank-bank lain seperti Citibank contohnya. Cukup tempoh, Citibank menuntut hutang daripada Argentina, Argentina pula tiada duit lagi untuk membayar balik. Jadi apa Citibank buat? Citibank telah “mendapatkan” semula hutang tersebut daripada penyimpan Argentina yang menyimpan di Citibank. Situasinya ibarat:
Individu A pinjam duit dengan Along, bila masa nak bayar semula tiada duit. Akhirnya, siapa yang jadi mangsa? Anak bini akan diperas ugut.
Isi pentingnya apa di sini? Bukan salah “ah long” tersebut tetapi salah sendiri disebabkan salah urus tadbir negara yang lemah & tiris :
  • Projek-projek mega yang dibangunkan dengan kos yang melambung tinggi pada tempoh masa yang tidak sesuai. Bak kata orang, berpadalah ketika berbelanja ketika diri sendiri kewangan tidak kukuh
  • Elok-elok barang yang dibeli murah terus melambung tinggi disebabkan…………………………
  • Amalan kronisme yang berleluasa. Menampakkan dah tiada orang lagi di Malaysia yang lebih berkaliber untuk mendapatkan mendapat anugerah projek tersebut. Asyik-asyik dia, dia dan dia atau anak-beranaknya

Surat Terbuka Kepada Melayu : Islam Didahului, Melayu Bersamanya

       
 Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini. 

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam. 

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang  sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...