Dunia sedang berdepan dengan pelbagai gejala kebratakan yang dasyat. Ujian getir ini tampak jelas dan semakin dirasakan oleh semua, khasnya golongan manusia dan Negara-negara yang lemah dan ditindas. Selepas kelumpuhan Soviet Union dan keruntuhan Komunisme, kemunculan dunia orde baru tajaan kuasa tunggal Amerika Syarikat semakin terselah. Di nilai dari sudut pandang atau ‘worldwiew Islam’, penindasan dan kezaliman antara ciri ‘ jahiliyah kuno’ yang terus kekal dalam dunia ‘jahiliyah moden’ sehingga era pasca-perang dingin.
Kita berkeyakinan bahawa penindasan yang berterusan pastinya akan membawa tindak-balas keganasan , yang akhirnya akan membwa kepada kezaliman dan kekejaman yang lebih parah lagi. Sesungguhnya dunia sedang terperanggap dalam lingkaran scenario yang tidak berhujung ini. Sedang Islam memberi amaran keras kepada seluruh umat agar tidak bersengkokol dengan sebarang bentuk penindasan dan kezaliman.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang –orang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang pertolongan pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecederungan kamu itu) kamu tidak akan dapat pertolongan Surah Hud : ayat 13
Kita mahu mengajak dan mengisafi perkara ini dan bersama memikirkan jalan keluar yang lebih baik untuk umat manusia.