Pages

Tuesday

Kemenangan besar Ikhwan menggerunkan Amerika-Israel



"Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.


Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama.


Kemenangan ini juga amat mengejutkan Amerika Syarikat yang terpaksa menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir, yang dianggap sebagai satu usaha negara polis dunia itu untuk campur tangan dalam PRU Mesir.


Thursday

SENARIO KEBRATAKAN DUNIA ORDE BARU

       
   Dunia sedang berdepan dengan pelbagai gejala kebratakan yang dasyat. Ujian getir ini tampak jelas dan semakin dirasakan oleh semua, khasnya golongan manusia dan Negara-negara yang lemah dan ditindas. Selepas kelumpuhan Soviet Union dan keruntuhan Komunisme, kemunculan dunia orde baru tajaan kuasa tunggal Amerika Syarikat semakin terselah. Di nilai dari sudut pandang atau ‘worldwiew Islam’, penindasan dan kezaliman antara ciri ‘ jahiliyah kuno’ yang terus kekal dalam dunia ‘jahiliyah moden’ sehingga era pasca-perang dingin.

          Kita berkeyakinan bahawa penindasan yang berterusan pastinya akan membawa tindak-balas keganasan , yang akhirnya akan membwa kepada kezaliman  dan kekejaman yang lebih parah lagi. Sesungguhnya dunia sedang terperanggap dalam lingkaran scenario yang tidak berhujung ini. Sedang Islam memberi amaran keras kepada seluruh umat agar tidak bersengkokol dengan sebarang bentuk penindasan dan kezaliman.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang –orang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang   pertolongan pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecederungan kamu itu) kamu tidak akan dapat pertolongan  Surah Hud : ayat 13
Kita mahu mengajak dan mengisafi perkara ini dan bersama memikirkan jalan keluar yang lebih baik untuk umat manusia.

Monday

DIMANANAKAH PERJUANGANMU SEBENAR (1.0)

          
          Telah lama kita merdeka. Memiliki negara sendiri yang kita katakan berdaulat diluar dan didalam. yang kita katakan maju diluar dan maju didalam. Dalam waktu selama ini kita belum dapat melakukan kan sesuatu perbuatan yang asasi, yang bersifat fitrah,merubah susunan serta isi bebtuk masyrakat kehidupan, masyrakat kita. Kabinet jatuh dan berdiri,pergi dan datang, saling bertukar ganti, terumbang ambing oleh gelombang arus dalam dewan perwakilan rakyat, (Parlimen), yang tidak mencerminkan aliran hidup dalam masyarakat kita. tidak mewakili pandangan ramai, kerana datangnya kesana bukan kerana pilihan tapi angkatan. 

         Umat Islam yang diketahuai adalah umat yang terbesar dalam masyarakat kita, dalam parlimen kita sekarang, sebenarnya adalah golongan minoriti dalam parlimen itu sendiri. Tidak hairanlah dalam perjalanan parlimen sekrang ini, Umat Islam yang begitu bersungguh dalam menperjuangkan aqidah Islam, tidak dapat megemukakan @ memperjuangkan soal-soal prinsip dan dasar dalam parlimen kerana selalu sahaja kalah suara, walaupun golongan ini mempunyai hujah yang kuat. Dikalahkan oleh golongan besar, golongan yang tidak mewakili aqidah Islam, walaupun mereka mengaku adalah umat Islam.

Friday

HARI INI ADALAH HARI KITA


       Apabila kita berada dipagi hari, janganlah menunggu di waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukn yng menghiasainya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datangnya.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita membuat kita mampu mamandang alam sekitar. Itulah hari kita, maka manfaatkan lah hari itu sebaik-baiknya. Maka anggaplah masa hidup kita hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati pada hari ini juga.
Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan kita, sehingga kita tidak tersempit diantara dua kehidupan,  masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi pada masa itu, dan masa depan yang penuh dengan ketidakpastiaan dan seringkali menakutkan.

Thursday

SUBUH MUHASABAH MU



Subuh adalah waktu yang sangat sesuai untuk menghadiahkan waktu terbaik untuk kita bermuhasabah diri sendiri. Kita undur selangkah kebelakang untuk bergerak beberapa langka ke hadapan. Merenung kesilpan dan kesalahan silam, dosa yang sengaja dan tidak sengaja, berapa terburu-buru dan dungunya kita, kurang bijak dalam tidakan, tidak berfikir tentang akibat segala perlakuan,yang jika kita fikir semula adalah sangat merugikan.
akibatnya kita sering kehilangan sahabat rapat, teman seperjuangan, renggang dengan orang yang tersayang, dan yang paling merugikan kehilangan rasa hati yang lembut, telus dan beradab.

GLOBALISASI:PENDIRIAN ISLAM MENGENAINYA




Kepesatan teknologi internet dan digital menjadikan dunia sebagai lembah yang kecil. Dalam lembah yang kecil ini, kuasa mutlak dunia kini dipangku oleh Amerika Syarikat yang menerajuai dunia megikut nafsu serakahnya. Kuasa zionis sedunia pula memegang teraju utamanya. Rentetan dari itu, lahirlah dasar GLOBALISASI yang berdasarkan keinginan menguasai dunia khususnya dunia Islam yang begitu strategik sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Disamping itu disana ada matlamat terbesar mereka iaitu menghapuskan Islam dan umatnya.
Dari sini kita terpanggil untuk meyedari betapa pentingnya dan perlunya satu pendirian bersepadu diambil.
Pentingnya Pendirian Islam Yang Bersepadu Terhadap Globalisasi

Wednesday

DIMANANAKAH PERJUANGANMU SEBENAR


Jihad kecil telah kita lalui dengan penuh cabaran dan dugaan,berperang mengusir penjajah di negara kita sendiri. Dihadapan kita kita terbentang jalan dan lapangan perjuangan yang besar.yang wajib kita hadapi dengan penuh kesungguhan hati,membangunkan negara ini dangan penuh kecintaan dan idaman kita sesuai dengan tuntutan iman dan tauhid kita, menurut semampu kita.

YANG BERLALU BIARLAH BERLALU



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan  di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat , membunuh harapan dan menghalang orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipati dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus megurung dan dan melupakannya didalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

KITA TIDAK BERSEORANGAN DI JALAN INI


Kita sering diuji dengan apa yang kita cakapkan, dengan apa yang kita dakwhkan. Mungkin sering kali nasihat yang kita berikan pada pada sahabat-sahabat kita mungkin terjadi pada diri kita atau keluarga kita. Mungkin kadang-kadang kita menjadi takut untuk memberi nasihat, melontar pandangan, takut-takut apa yang kita tulis, kata akan datang menimpa kita. Mungkin banyak nasihat dan pandangan kita yang kita bagi, kita laluinya sendir, bukan hari ini, minggu ini, mungkin bertahun-tahun lamanaya. Tapi mungkn apa yang kita kata adalah berdasarkan pegamatan kita pada kehidupan orang lain. kita tidak melaluinya tapi kita selamai dengan sifat simpati malah empai, lantas kita garap kembali dengan fikrah islamai dan fikrah insani seadanya setakat secebis kemampuan ilmu yang kita ada.

Tuesday

NUKILAN PERJALANAN HIDUP MANUSIA


Maksud Firman Allah Taala:
Bagaimana kamu menjadi kufur terhadap Allah sedangkan kamu bermula  dari mati (tiada) kemudian Dia menghidupkan kamu kemudian Dia mematikan kamu kemudian kepada Dia kamu dikembalikan.

(Surah al-Baqarah : 28)

Tiap-tiap minit itu menyatakan perjalanan hidup manusia yang perlu direnung dan difahami sedalam-dalamnya supaya ktia meyendari betapa besarnya kurnia Allah dan betapa beratnya tanggungjawab kita di hadapan Allah S.W.T. Ianya bermula daripadad mati (tidak ada apa-apa) kemudian Allah menjadikan bumi dan segala bahan diatasnya terdiri daripada tanah yang berbagai-bagai jenis. Tumbuh-tumbuhan yang bermacam jenis strukturnya terdiri daripada sesuatu boleh melahirkan berbagai-bagai makhluk dianataranya manusia.

RENUNGKANLAH DAN ERSYUKURLAH


Setiap manusia seharusnya selalu megingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNYa telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamaanan Negara, hutan belantara,udara dan air serta serta masih banyak lagi nikmat selainnya yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.
….sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya… (Ibrahim : 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Dunia ini berserta apa yang ada di dalamnya, telah diciptakan Allah unutk kita, tetapi kita tidak pernah menyedarinya; kita meguasai kehidupan tapi tidak pernah mengetahuinya.
Dia telah memberikan  nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin…(Luqman : 20)

MAKHAMAH HATI



Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.
 

SUSAHNYA BERSAHABAT



PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati 
tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan:

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.
 
Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
 
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.

HATI ADALAH SAHABAT BAIKMU



Rasulullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang ertinya:“Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati.” Maka hati bagaikan raja yang menggerakkan tubuh untuk melakukan perbuatan-perbuatannya, jika hati tersebut adalah hati yang baik maka seluruh tubuhnya akan tergerak untuk mengerjakan hal-hal yang baik, adapun jika hatinya adalah hati yang buruk maka tentunya juga akan membawa tubuh melakukan hal-hal yang buruk. Hati adalah perkara utama untuk memperbaiki manusia, Jika seseorang ingin memperbaiki dirinya maka hendaklah ia memperbaiki dahulu hatinya!!!


Sunday

RAMADHAN MENANTI SATU PERUBAHAN



Umat Islam menghadapi ramadhan mengikut tanggapan dan tafsiran yang berbeza-beza brdasarkan ilmu, keyakinan dan semangat masing-masing..Ada yang melihat bulan ini dari sudut ekonomi dan kewangan, bagaimana menjana keuntungan di bulan ini..Ada juga yang melihat dari sudut yang mana bagaimana mewujudkan tubuh yang sihat.. Ada yang juga meganggap ia adalah suatu adat yang perlu diteruskan.Sebenarnya dimanakah pegertian puasa di bulan Ramadhan itu sendiri?
Puasa dari sudut bahasa ialah menahan. Semua perkara atau perlakuan yang ditahan(haram) semasa berpuasa hakikat bebas(halal) dilakukan jika tidak berpuasa. Semasa berpuasa umat islam bukan saja tinggalkan yang haram sahaja malah yang halal.Jika demikian tidak timbul maslah lagi bagi umat islam meningalkan perkara-perkara yang diharamkan pada bulan-bulan yang lain lantaran latihan meningggalkan perkara yang halal pada bulan ramadan.Tetapi ini tidak berlaku, bahkan mungkin lagi teruk dari pada bulan-bulan yang lain. ini menunjukkan puasa kita tidak berkesan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...