Pages

Wednesday

KITA TIDAK BERSEORANGAN DI JALAN INI


Kita sering diuji dengan apa yang kita cakapkan, dengan apa yang kita dakwhkan. Mungkin sering kali nasihat yang kita berikan pada pada sahabat-sahabat kita mungkin terjadi pada diri kita atau keluarga kita. Mungkin kadang-kadang kita menjadi takut untuk memberi nasihat, melontar pandangan, takut-takut apa yang kita tulis, kata akan datang menimpa kita. Mungkin banyak nasihat dan pandangan kita yang kita bagi, kita laluinya sendir, bukan hari ini, minggu ini, mungkin bertahun-tahun lamanaya. Tapi mungkn apa yang kita kata adalah berdasarkan pegamatan kita pada kehidupan orang lain. kita tidak melaluinya tapi kita selamai dengan sifat simpati malah empai, lantas kita garap kembali dengan fikrah islamai dan fikrah insani seadanya setakat secebis kemampuan ilmu yang kita ada.

Mungkin kadang-kadang apa yang menimpa pada orang lain mungkin menimapa diri kita sendiri,kadang-kadang kata-kata nasihat, kata-kata dakwah kita sering menimpa diri kita semula.Benarkah niat kita, adakah ia suatu yang tepat dan betul.?

Bila kita diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukur kerana Allah masih sudi megigatkan kita dalam usaha kita untuk megigatkan manusia.
Kita mesti sentiasa rasakan kekadang pendakwah menjadi jambatan kepada orang lain untuk mendapat hidayah. jadi apa salahnya jambatan itu dilalui oleh kita sendiri.
Ah kiranya apa yang pernah kita dakwahkan mampu kita amalkan semuanya alangkah indahnya, cuma kita terus berharap dan berdoa, kita tidak akan mengalah walaupun sering kalah.
Kita adalah manusia biasa ada kalanya kelelahan dangan ujian hidup yang bertali arus. lepas satu , satu yang datang. LIFE IS TO SOLVE PROBLEMS, kata bijak pandai. Namum Allah telah lama mengigatkan kita melalui Al-Quran BAHAWA MATI DAN HIDUP DIJADIKAN UNTUK MEGUJI KITA SIAPAKAH YANG TERBAIK AMALANNYA? Kembali surah Al Mulk mengigatkan kita.

Marilah kita berjanji dengan diri sendiri kita tidak akan menjadi munafik dari segi lisan dan perbuatan. Kita tidak akan berpura-pura dalam mengharapkan yang baik dan makruf. biarlah kita menuai iktibar dari denai mujahadah ini. Kita ingin menjadi insan yang seadanya dalam menghulur tangan setulus mungkin buat bersama meyelusuri jalan ilahi ini. Mungkin tangan ini yang akan membimbing mereka, dan mungkin tangan mereka yang akan mebimbing mereka.

Dalam usia kita yang makin meningkat,kita berdoa diberikan keteguhan hati. Come what way! Datanglah apa-apa sahaja, kita akan sebagai hambaNya. Jika kita benar dan berjaya syukur, jika kita tersalah kita akur, kita ukir taubat dengan segera. Dosa kita mengunung tinggi, namum rahmat Allah melangit lusanya. Dengan berbekal takut (akan murkaNya) dan harap (ampunanNya) kita terus melangkah, patah sayang terbang jua, jatuh tesungkur bangkit semula walau tepaksa bertongkat dagu!

Sumber rujukan: Ustaz Pahroi
"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...