Pages

Wednesday

YANG BERLALU BIARLAH BERLALU



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan  di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat , membunuh harapan dan menghalang orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipati dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus megurung dan dan melupakannya didalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikain tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.
Janganlah kita hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bwah baying-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. Adakah kita inginkan berbagai musibah dan pengorabanan tersebut berulang kembali? Apakah kita berharap matahari akan kembali pada asalnya, bayi ke perut ibunya, air mata kembali pada kellompak mata, padahal semuanya hanya  akan megembalikan semula air mata kita?
Dengan kembali ke masa lalu, bererti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubah seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan perkara tersebut merupakan perkara yang amat sedih, sekaligus menakutkan.
Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan meroskkan suasana yang dad an mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah S.W.T telah mengigatkan kita dengan umat pada mas lalu serta apa yang telah mereka buat.
Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.
Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang mengiling tepung, pada hal dirinya tergiling dalam tepung iru sendiri. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut kita renungkan jika kita menangisi masa lalu” Janganlah kalian megeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya”
Dalam sebuat riwayat dieritakan, bahawa terdapat segolongan orang yng dapat megerti bahasa binatang. Orang tersebut bertanya kepada keldai “Mengapa engkau tidak mampu merenungi apa yang telah berlalu?” Keladai itu menjawab, “Kerana aku tidak suka kebohongan”.
Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan meyibukkan diri dengan masa lalu. Kita mensia-siakan keindahan istana yang kita miliki, dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yng telah using. Padahal , seandainya seluruh jin dan manusia bersatu untuk megembalikan  semua perkara yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan dapat melakukanya, kerana pada dasarnya semua mustahil.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakng, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan kehadapn. Oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Sumber rujukan : La tahzan oleh Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni

"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...