Pages

Thursday

SENARIO KEBRATAKAN DUNIA ORDE BARU

       
   Dunia sedang berdepan dengan pelbagai gejala kebratakan yang dasyat. Ujian getir ini tampak jelas dan semakin dirasakan oleh semua, khasnya golongan manusia dan Negara-negara yang lemah dan ditindas. Selepas kelumpuhan Soviet Union dan keruntuhan Komunisme, kemunculan dunia orde baru tajaan kuasa tunggal Amerika Syarikat semakin terselah. Di nilai dari sudut pandang atau ‘worldwiew Islam’, penindasan dan kezaliman antara ciri ‘ jahiliyah kuno’ yang terus kekal dalam dunia ‘jahiliyah moden’ sehingga era pasca-perang dingin.

          Kita berkeyakinan bahawa penindasan yang berterusan pastinya akan membawa tindak-balas keganasan , yang akhirnya akan membwa kepada kezaliman  dan kekejaman yang lebih parah lagi. Sesungguhnya dunia sedang terperanggap dalam lingkaran scenario yang tidak berhujung ini. Sedang Islam memberi amaran keras kepada seluruh umat agar tidak bersengkokol dengan sebarang bentuk penindasan dan kezaliman.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang –orang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang   pertolongan pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecederungan kamu itu) kamu tidak akan dapat pertolongan  Surah Hud : ayat 13
Kita mahu mengajak dan mengisafi perkara ini dan bersama memikirkan jalan keluar yang lebih baik untuk umat manusia.
DUNIA BERGELUT DENGAN KEANGKUHAN AMERIKA SYARIKAT

         Masyarakat dunia masih ingat ugutan bekas Presiden US George Bush, selepas Perang Teluk, ketika beliau melafazkan apa yang disifatkan hari ini sebagai pengisytiharaan “Orde Baru Dunia” Dengan gaya penuh angguh beliau melaungkan “ Apa yang kami katakan akan terlaksana, kalau kamu tidak suka kamu boleh ketepi (berambus) !!”

        Professor Noam Chomsky, seorang Professor dari Massachusetts Institute of technologies (MIT),seorang tokoh akademik intelektual yng terkenal dengan kelantangan kritikan yang tajam terhadap dasar luar Amerika Syarikat, menegaskan bahawa “ Kesan kenyataan ini telah mencetuskan dunia rimba yang tidak lagi berperundangan dimana yang gagah akan memerintah”. Beliau meyambung lagi “ yang kuat itu kebetulan Amerika Syarikat dan Britian yang berkebetulan juga, telah menggadaikan ‘kemerdekaannya’ lalu menjadi seekor anak anjing Amerika yang amat patuh kepada tuannya.

        Selepas satu dekad, pengisytiharaan itu diulangi oleh anaknya  George W. Bush bagi memperingatkan dunia sekali lagi. Kali ini, peluang itu terbit dari serangan ke atas mercu-tanda kebanggaan kerajaan Amerika Syarikat di New York dan Washington itu sendiri, pada 11 september 2001 yang lalu yang mana mejadi satu ‘tiket pelepasan’ yang besar bagi mereka untuk menyerang Negara-negara Islam. Apa yang kita sedia maklum, perancangan peristiwa 11 sept 2001 adalah agenda mereka sendiri yang sanggup untuk melakukan kerosakan dan membayakan penduduk mereka sendiri.

       Bush pada masa itu dengan gaya cowboynya  atas nama “ Perang Menetang Keganasan “ dengan penuh sombong dan angkuh member kata dua kepada dunia: “ Samaada kamu bersama kami (US) atau kamu menentang kami (US)”.

       Dunia kini sedang meyaksikan rentetan peristiwa hasil perlaksanaan pengisytiharaan dasar luar ini. Senario dunia hampir tenggelam dengan keangkuhan sebuah kerajaan yang bertindak diluar batasan. Cukup bengis dan ganas , bermula dengan peperangan ke atas Al-Qaeda yang dituduh menyerang mereka, Amerika dan sekutu karibnya Britain secara biadap ttelah melancarkan satu peperangan habis-habisan keatas kerajaan Taliban dan rakyat Afghanistan yang akhirnya diguling, dimusnah dan diusir.

       Sikap angguh Ameika diteruskan meskipun dunia mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan mereka yan terbukti telah meragut ratusan nyawa, meranapkan apa jua harta awam yang ada. Tindakan ini menggandakan  dan menyusahkan rakyat awam selama tiga dekad, terutamanya kanak-kanak dan wanita seperti biasa menjadi mangsa utama peperangan yang tidak pernah mengenal apa jua erti kemanusiaan.

UMAT PALESTIN MENANTIKAN PEMBELAAN DAN PEMBEBASAN

       Ketika Amerika menamatkan pemerintahannya taliban di Afghanistan , umat Palestin tepaksa mengharungi onak dan duri serta kepayahan dengan regim Zionis-Israel. Kelangsungan dan rentetan sejarah penderitaan dan penjajahan  Umat Palesti n adalah terlalu panjang, penuh dengan pengkhianatan, zalim dan tidak berperikemanusiaan.Ariel Sharon , bekas Presedin  Israel , adalah pengganas dan penjenayah paling besar yang layak diadili di Makhamah Jenayah Antarabangsa , dia adalah penjenayah dan pengganas  yang paling terkutuk yang terlibat didalam beberapa penyembelihan beramai-ramai atau ‘genocide’ contohnya di Qibyah pada tahun 1953, pembunuhan 2000 pelarian  di Sabra dan Chatila dan ratusan Ummat Palestin, terutamanya kanak-kanak yang terkorban di 27 khemah pelarian Palestin di Semanjung Gaza dan tebing barat.

        Ternyata polisi berat sebelah dan pilih kasih pentadbiran Bush telah memberikan isyarat paling selesa pada Israel melaksanakan projek penyembelihan ini sehingga dikatakan jumlah yang perlu dibunuh ialah “ seberapa ramai yang perlu supaya pembunuhan ini tidak perlu diulang buat kali kedua”.

INTIFADHAH IALAH JALAN PENYELESAIAN

        Inilah yag meyakinkan umat Islam khasnya, bahawa reqim Zionis ini tidak dapat ditangini di meja perundingan kecuali dengan jalan jihad fi-sabilillah.  Telah beberapa kali umat Palestin tertipu  dengan diplomasi  meja-perundingan  temasuk “ Camp-David” dan Proses Damai di Oslo. Kalau pun dengan hanya membaling ketulan-ketulan batu, pada awal-awal intifadhah tercetus dan kini dengan bersenjatakan  ‘bom manusia atau human bombs’ ulama Islam secara jumhurnya menganggap bahawa perjuangan rakyat palestin adalah sebenar-benar jihad fi-sabilillah untuk mempertahankan maruan agama, bangsa dan tanah air mereka.

     Kalau ada dikalangan umat Islam sendiri yang menganggap bahawa perjuangan mereka seoleh-oleh sia-sia atau seperti orang mengamuk, dan tidak akan mencapai kejayaan, ketahuilah  sesugguhnya “intifadhah”  adalah cetusan dan peyerlahan jihad ummat Islam, yang tahu bahawa kemerdekaan dan pembebasan mereka hanya akan tercapai  dengan jihad bi-amwal –jihad harta benda dan jihad bianfus-jihad dangan jiwa raga dan nyawa mereka . Meskipun keupayaan mereka terhad , pensejataan mereka tidak canggih , jauh sekali untuk menandingi jet pejuang F-16 dan helicopter Apache bekalan Amerika, namun merekalah kebanggaan ummat yang tinggal pada abad ini seperti yang ditegaskan oleh Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Tegas beliau lagi “  Kita perlu memberikan pernghormtan kepada Ummat Palestin yang berjuang, yan menukarkan kelemahan kepada kekuatan, dan menjadikan dari yang sedikit, segala keperluan mereka”.  Inilah golongan yang tidak kenal akan takut dan berjuang hany untuk kemerdekaan tanah air mereka, serta ketinggian Islam and cinta kepada Allah dan Syahadah.

      Masyarakat antarabangsa makin sedar bahawa Intifadhah adalah kalimat keramat yang paling digeruni regim zionis-Israel itu. Insedin-insedin operasi ‘berani jhad’ yang dijalankan oleh kumpulan HAMAS dan al-Jihad sangat ditakuti sehingga menjadi igauan dan mimpi ngeri rakyat zionis Israel. Dilaporkan ramai Israel yang mengalami gangguan psikologi dan dihinggapi berbagai jenis tekanan, ketakutan dan neurosis. Itulah kesan Intifadhah yang jarang-jarang diberi liputan media kerana menjaga keamaslahatan moral puak Zionis-Israel!


"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Marang, Terengganu



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...