Pages

Friday

HARI INI ADALAH HARI KITA


       Apabila kita berada dipagi hari, janganlah menunggu di waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukn yng menghiasainya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datangnya.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita membuat kita mampu mamandang alam sekitar. Itulah hari kita, maka manfaatkan lah hari itu sebaik-baiknya. Maka anggaplah masa hidup kita hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati pada hari ini juga.
Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan kita, sehingga kita tidak tersempit diantara dua kehidupan,  masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi pada masa itu, dan masa depan yang penuh dengan ketidakpastiaan dan seringkali menakutkan.

Pusatkan seluruh perhatian dan kretiviti kita untuk satu hari sahaja. Dan pada hari ini lah, kita harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang palik khusyuk, membaca dan memahami al-Quran secara mendalam, merenung kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan,perhatikan terhadap alam sekitar, terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta member manfaat kepada orang lain.
Untuk hari ini, kita harus membahagi waktu dengan bijak. Jadikan setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun, tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya, pada hari itu, memelihara indahnya kehidupan, meminta keampuanan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengigati Tuhan dan mempersiapkan diri, untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian hidupkita pada hari ini akan penuh dengan kebahagiaan, merasa aman dan tenteram,serta menerima rezeki, tempat tinggal, dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa bersyukur.
   Terimalah semua yan Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur”. (Al-A’raf: 144)

Hidup kita pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, dan kebenciaan @ sakit hati.

Jangan lupa hendaklah kita mengukir tulisan pada hati kita, @ di meja tempat kita berkerja atau belajar, “ Hari ini adalah milikmu”Yakni apabila hari ini kita dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah kita masih terpikir akan nasi yang basi yang telah kita makan kelmarin, yang akan membahyakan kesihatan kita? Mungkin kita masih berfikir tentang  nasi yang kita makan esok hari, padahal nasi tersebut masih dalam angan-angan.

Apabila hari ini kita dapat minum air sejuk yang menyegarkan, maka mengapa kita harus bersedih atas air masin yang kita minum semalam atau mengiginkan air esok yang masin dan panas?

Seandainya kita percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan sesuatu dengan semangat dan tekad yan kuat, kita akan dapat menundukkan diri kita untuk berpegang dengan prinsip “Masa hidup aku hanya pada hari ini”. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri kita setiap detik dan waktu untuk selalu memperbaiki keadaaan, sekaligus  berusaha meningkatkan mutu pelajaran dan kehidupan kita dan membersihkan amal perbuatan dan dosa kita yang lepas.

Dan itu akan membuatkan kita berkata dalam hati, hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk melakukan dan mengatakan yang baik-baik sahaja, tidak bercakap kotor dan menjijikan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan hal  orang lain.  Hanya hari ini sahaja kit bekesempatan untuk mengemas rumah @ bilik yang berselerak dan berserabut, dan kerana hari ini sahaja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilan ku, kebaikan tutur kata dan tindak tandukku.

Kerana akan hidup hanya pada hari ini, akan aku berusaha untuk taat kepada tuhanku,mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat nafilah, berpegang teguh dengan al-Quran, memgkaji dan mencatat apa sahaja yang bermanfaat yang ada didalamnya. Aku hany hidup pada hari ini maka kerana itu aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan   yang  aku tanam dalam hatiku sehingga akar-akarnya akan ku cabut dan akan ku pastikan ia tidak akan tumbuh lagi dalam jiwaku dan akan aku patahkan rating-ratingnya yang berduri, seperti sifat takabbur, ujub, riyak dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku dapat menghirup udara segar kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan mengziarahi orang yang sakit, menghatarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi orang yang tersesesat, member makan kepada orang yang kelaparan, menolong orang dalam kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringakan penderitaan orang yang lemah, mengasihi orang yang menderita, menghormati orang yang alim, menyayangi anak kecil dan berbakti kepada oran tua.

Aku hanya akan hidup pada hari ini, maka aku akan mengucapkan “ Wahai masa lalu yang telah berlalu dan telah selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah manangisi permergianmu dan kamu tidak akan pernah akan melihatku termenung sedetik pun untuk mengigatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi”.

“Wahai masa hadapan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan dan angan-angan. Aku pun tidak mengejar dan memburu  sesuatu yang tidak ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satupun darinya yang dapat disebutkan.”

“Hari ini milik kita” adalah ungkapan yang paling indah dalam  “kamus kebahagiaan”, kamus yang megiginkan kehidupan yang paling indah dan meyenangkan.

Moga dipermudahkan buat kita semua dalam mengharungi kehidupan ini, nasihat dan panduan ini untuk diri saya juga yang lemah dan hina, yang masih lagi terus mencari dan megubah cara hidup saya ini. Moga kita beroleh keberkatan atas perkongsian ini, saya tidak meminta apa-apa balasan, pujian, atau penghargaan, cukuplah Allah sahaja membalas segalanya.Ikhlas dari saya, ilmu dan hidayah itu indah jika kita dapat berkongsi bersama-sama.  

Sumber rujukan : La tahzan oleh Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni

"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"
tukang kata @ aritive.blogspot.com
Marang, Terengganu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...