Pages

Thursday

SUBUH MUHASABAH MU



Subuh adalah waktu yang sangat sesuai untuk menghadiahkan waktu terbaik untuk kita bermuhasabah diri sendiri. Kita undur selangkah kebelakang untuk bergerak beberapa langka ke hadapan. Merenung kesilpan dan kesalahan silam, dosa yang sengaja dan tidak sengaja, berapa terburu-buru dan dungunya kita, kurang bijak dalam tidakan, tidak berfikir tentang akibat segala perlakuan,yang jika kita fikir semula adalah sangat merugikan.
akibatnya kita sering kehilangan sahabat rapat, teman seperjuangan, renggang dengan orang yang tersayang, dan yang paling merugikan kehilangan rasa hati yang lembut, telus dan beradab.
 Namum segera kita teringat kata-kata yangbersemai dalam hati (sebaik sahaja megambil pelajaran dari masa silam, lupakanlah dan pandanglah masa hadapan).-Yesterday ended last night. 
Jika punya kesempatan carilah mana-mana peluang dan masa untuk kita memohon maaf, memohon doa, memohon taubat dan melakukan pelbagai amalan-amalan kebaiakan untuk menebus segala kesalahan dan dosa yang silam. Jika tidak bertekadklah untuk tidak megulanginya lagi dan jangan jadikan dosa dan kesalahan yang kita lakukan menghalang pecapaian kita pada hari ini dan hari esok. meyesal dan sesal itu baik, tapi janganlah biarkan ia menjadi penghalang dan belenggu kita untuk berubah, berjaya dalam hidup dan mencapai pencapaian dan kebaikan yang baru.

Waktu pagi adalah waktu yang sangat indah,mentari yang baru bersinar, awam masih mewarnai langit,dan udara masih kita dapat hirup dengan seadanya. Alhamdulilah syukur, walau apapun yang berlaku, asalakan kita dekat dengat Allah S.W.T. lurus tulus dan telus,dalam hati, kesilapan kita yang lepas akan kita perbaiki, bukankah kesilapan itu bukti kita ini masih manusia?? Lalu dan sentiasa selalu kita memperbaharui taubat,datang apa-apa sahaja dalam hidup ini, pahit kita belajar bersabar dan manis kita belajar dan melatih diri kita bersyukur.

hari ini dan hari-hari yang seterusnya yang kita lalui pasti akan ada air mata dan ketawa, ada mudah dan ada payah, ada patah dan ada tumbuh, tapi walau apa-apa pun modal kita cuma satu hadapilahnya sebagai hamba Allah,megaku lemah akan diperkukuhkanNya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakanNya. Kita berusaha untuk meluruskan segala tadbir agar kita mampu untuk menerima setulus takdir. sentiasalah mengharapkan yang terbaik, tetapi turut bersedia untuk menghadapi yang terburuk.

Pesan buat diri dan semua saudara seislam, kekalkan taubat, istigfar dan dan selawatjadikan basahan bibir kita, bila telintas dan tejebak dengan satu dosa, bertaubat dan terus hukum diri dengan melakukaan sesuatu kebaikan, walaupun kita tidak suka, dan kita harap kebaikan yang kita lakukan mampu menghukum kita dengan dosa dan kesalahan yang kita sengaja atau tidak sengajakan.
Ingat orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia akan melakukan tiga perkara yang tidak disukainya walaupun sangat perlu dilakukan dalam satu hari.
Apakah 3 perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah 3 perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah.mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.

Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!
Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini… esok? Belum tentu kita masih ada!

sumber rujukan: ustaz pahrol

"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...