Pages

Sunday

RAMADHAN MENANTI SATU PERUBAHAN



Umat Islam menghadapi ramadhan mengikut tanggapan dan tafsiran yang berbeza-beza brdasarkan ilmu, keyakinan dan semangat masing-masing..Ada yang melihat bulan ini dari sudut ekonomi dan kewangan, bagaimana menjana keuntungan di bulan ini..Ada juga yang melihat dari sudut yang mana bagaimana mewujudkan tubuh yang sihat.. Ada yang juga meganggap ia adalah suatu adat yang perlu diteruskan.Sebenarnya dimanakah pegertian puasa di bulan Ramadhan itu sendiri?
Puasa dari sudut bahasa ialah menahan. Semua perkara atau perlakuan yang ditahan(haram) semasa berpuasa hakikat bebas(halal) dilakukan jika tidak berpuasa. Semasa berpuasa umat islam bukan saja tinggalkan yang haram sahaja malah yang halal.Jika demikian tidak timbul maslah lagi bagi umat islam meningalkan perkara-perkara yang diharamkan pada bulan-bulan yang lain lantaran latihan meningggalkan perkara yang halal pada bulan ramadan.Tetapi ini tidak berlaku, bahkan mungkin lagi teruk dari pada bulan-bulan yang lain. ini menunjukkan puasa kita tidak berkesan.





Bagaimana berpuasa secara berkesan?
*Misi berpuasa yang jelas
*Input dalam niat yang betul
*Proses pelaksanaan yang baik
*Output(hasil) yang betul
Senarai diatas ialah beberapa cara untuk kita melalui ibadah ini dengan niat dan cara yang betul.
Misi atau niat yang jelas dalam menjalani ibadah ini ialah menahan diri dengan melawan hawa nafsu. Puasa adalah latihan mengurus atau mengawal nafsu yang menjadi musuh dalam diri manusia.
Firman Allah:
"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."(surah Yusuf 12: 53)
Jika nafsu dapat dijinakkan maka diri akan menjadi baik.Puasa mempunyai mekanisma yang particular untuk membantu manusia melawan dan menjinakkan nafsu yng sentiasa mengajak kepada kejahatan. Untuk menjadi orang yang Mendapat 'A' dalam ibadah puasa seseorang perlu meningkatkan keupayaan diri untuk melawan hawa nafsu yang membelenggu hati dan pemikiran.


Input yang betul dalam niat itu apa? kita bepuasa atas dasar apa? kerana kesihatan?pahala?adat? atau kebiasaan?
firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."(Surah al-Baqarah: 83)
Melihat pada awalan ayat ini, fahamlah kita bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Input kepada diri orang yang berpuasa adalah keimanan kepada Allah. Disinilah seringnya berlaku kesalahan dalam diri orang yang berpuasa. Tanpa disedari ramai yang berpuasa bukan atas dasar iman lagi.




"SALAM PERJUANGAN

SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melak
a

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...