Pages

Thursday

GLOBALISASI:PENDIRIAN ISLAM MENGENAINYA




Kepesatan teknologi internet dan digital menjadikan dunia sebagai lembah yang kecil. Dalam lembah yang kecil ini, kuasa mutlak dunia kini dipangku oleh Amerika Syarikat yang menerajuai dunia megikut nafsu serakahnya. Kuasa zionis sedunia pula memegang teraju utamanya. Rentetan dari itu, lahirlah dasar GLOBALISASI yang berdasarkan keinginan menguasai dunia khususnya dunia Islam yang begitu strategik sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Disamping itu disana ada matlamat terbesar mereka iaitu menghapuskan Islam dan umatnya.
Dari sini kita terpanggil untuk meyedari betapa pentingnya dan perlunya satu pendirian bersepadu diambil.
Pentingnya Pendirian Islam Yang Bersepadu Terhadap Globalisasi

Risalah Islam yang syumul dan kekal, dibawa oleh Nabi kita Muhammad sallallah alaihi wasallam dengan bersumberkan ilmu Allah subhanahu wataala yang tidak berkesudahan dan kebijaksanaanNya tidak terhintung. Islam merupakan risalah penyudah kepada zaman yang diberikan kepada Allah subhanahu wataala kemuncak kemajuaan teknologi dan ilmu, sehingga bumi dan segala bangsa yang menghuninya adalah seumpama kampung yang kecil. Ini adalah disebabkan derasnya kemajuan perhubungan, komunikasi dan pertukaran maklumat di dalam segala bidang. Rentetan dari itu maka bertukarlah bentuk kehidupan serta hubungan antara manusia dan dunia. Oleh sebab itu, perutusan seorang rasul sahaja adalah sudah mencukupi untuk seluruh manusia sepajang zaman, tidak seperti rasul-rasul yang terdahulu.
Pada zaman ini kita telah dapat meyaksikan perkara-perkara yang tidak dapat disaksikan oleh generasi sahabat-sahabat tedahulu.Generasi sahabat hanya berpandukan perkabaran dari Rasullah sallallah alaihi wasallam dan melihat sifat baginda yang terpuji lalu mereka beriman dengan risalah Islam yang bersifat kealamayan ini. Mereka sanggup brerhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada dalaman atau luaran.
Allah subhanahu wataala tela menzahirkan Din Islam ini ke atas agama-agama yang lain, bermula dari tanah Mekah, bumi yang kering kontang seinggala menjalar ke benua-benua yang lain. Perkembangan ini berlaku dalam jangkamasa beberapa kurun semenjak zaman Rasullah sallahllah alaihi wasallam sehinggalah zaman khilafah-khilafah Islam kemudiannya dengan munculnya satu tamadun yang istimewa. Tamadun ini diasaskan dengan pembinaan syakhsiyah insan secara ruhi, ilmu yang berdasarkan kepada iman, dan pembangunan jasmani atau material yang megikut pekiraan kepentingan, keperluan dan kesempurnaan hidup, untuk sampai kepada matlamat yang diimpikan di dunia ini iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah subhanahu wataala, menunaikan tangungawab khilafah dan amanah.


Maksud Firman Allah:
Dan tidaklah kami jadikan in dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku (Surah az-Zariyat: 56)
Maksud Firman Allah lagi:
Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berkata kepada melaikat, sesungguhnya Aku ingin menjadikan di atas muka bumi ini khilafah. (Surah al-Baqarah: 30)
Maksud FirmanNya lagi:
Sesunggunya Kami telah membentangkan amanah ini kepada langit dan bumi, dan bukit bukau lalu mereka enggan menerimanya dan-lalu ia ditanggung oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil (Surah al-Ahzab: 72)
Perkara ini berlawanan dengan apa yang digambarkan oleh iblis laknatullah alaihi dengan katanya:
“Tidakkah mahu kalau aku tunjukkan kepadamu (Adam) sepohon pokok yang akan menjadikan kamu kekal di dalam syurga dan kerajaan yang tidak akan binasa? “ (Surah Taha: 120)

Risalah kita (Islam) telah difahami dengan baik oleh seorang badwi generasi pertama dahulu lalu dia menyatakannya dengan jelas dihadapan kuasa besar dunia ketika itu dengan kata-katanya yang bermaksud “Sesungguhnya Allah telah megutuskan kami untuk megeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari peyembahan kepada hamba kepada peyembahan mutlak kepada Allah, dari kezaliaman agama kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.
Namum begitu, risalah yang sama tidak difahami atau sengaja tidak difahami oleh para intelektual dan orientalis semasa yang merupakan mangsa serangan pemikiran barat. Mereka yang menamakan diri mereka sebagai pimpinan, pemikir dan intelektual yang meyeru kepada ideologi-ideologi barat inilah, yang telah meletakkan umat Islam zaman ini dalam keadaan terhina dan mundur.
GLOBALISASI adalah @ mungkin satu perkataan yang baru dan agak asing dari Islam. Istila ini timbul dengan bermulanya NEW WORLD ORDER (ORDER BARU DUNIA) . Orde ini diumumkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, selepas dari berakhirnya sandiwara perng dingin dan hancurnya Soviet Union. Amerika mendakwa dialah kuasa besar tunggal dunia dan seluruh negara dunia haruslah berdiri satu barisan dibelakangnya untuk meguasai dunia lain terutamanya dunia Islam.
Amerika Syarikat kemudiannya diiktiraf sebagai kuasa besar tunggal yang merupakan kesinambungan penjajahan dalam bentuk baru di dalam era moden ini. Penguasaan Amerika syarikat dalam bidang teknologi moden digunakan sepenuhnya untuk menguasai dunia sama ada dari sudut politik , ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan kemasyarakatan. Mereka juga menguasai dunia tanpa mengira perkara-perkara negatif yang menghakis peranan manusia di dunia ini, menghakis nilai-nilai yang sihat dan mencacatkan petimbangan dunia.
Penguasaan dalam bentuk ini merupakan benih yang timbul daripada penguasaan mutlak beberapa kerajaan di kurun yang lalu seperti kerajaan namrud di babyloon, kerajaan Firaun di Mesir sehinggalah penjajahan Salibiyyah di seluruh dunia seperti Empayar British, Perancis, Belanda ,Sepanyol, Portugal, dan juga penguasaan komunis di Asia Tengah. Namum globalisasi masa kni telah menukar taktik dan strategiknya untuk menghapuskan demokrasi, Islam dan apa yang dikenali dan diistilahkan mereka sebagai terrorist dan fundamentalist.
Kajian dan kefahaman yang mendalam perlu dibuat terhadap hubungan Amerika Syarikat yang mengetuai slogan globalisasi ini dengan kuasa zionisme yang menjadi kuasa lobi politik, ekonomi, dan media di Amerika. Begitu juga dengan pendirian kerajaan AmerikaSyarikat yang sentiasa berada di pihak Israel. Perbandingan juga perlu dibuat terhadap bantuan yang diberikan oleh Amerika Syarikat terhadapat sekutu-sekutunya  kepada Iraq untuk menghadapi Republik Islam Iran dahulu, pembunuhan saudara-saudara Islam Kurdish di Halabjah semasa perang teluk pertama. Kesemua pendirian-pendirian ini perlu dibandingkan dengan pendirian mereka yang penuh emosi dalam proses pencerobohan dan pemusnahan Iraq dalam perang teluk yang ke dua dan ketiga. Peperangan ini dicetuskan hanya dengan alasan-alasan yang direka sebenarnya hanya untuk melindungi Israel dan kepentingan petroleumnya  dengan mengunakan slogan menegakkan keamanan, menghapuskan pengganas dan akhirnya dengan slogan memakmurkan kembali Iraq.
Dalam masa yang sama, Amerika telah membiarkan Israel memperlengkapkan perlalatan tenteranya bahkan membekalkannya dengan senjata-senjata tanpa had. Sedangkan persenjataan Iraq pada hakikatnya sudah tidak berkemampuan unuk menghadapi pencerobohan ke atas rakyatnya yang dizalimi itu. Rentetan dari itu, kita dapat melihat satu perancangan antarabangsa yang tersusun telah dilaksanakan, antaranya ialah pengunaan satelit dan rangkaian penyiaran antarabangsa untuk meyebarkan berita dan maklumat palsu, meyiarkan temuramah-temuramah dan siding-sidang akhbar yang memecah belahkan kesatuan dunia Islam dan dunia Arab.
Menjadi kewajiban kepada umat Islam membawa risalah Rabbani ini untuk mengambil peranan dan tangungjawab menyelamatkan diri mereka dan manusia keseluruhannya dari kesombongan dan kegilaan yang dahsyat ini. Umat Islam bukan hanya berdepan dengan senjata-senjata nuklear sahaja bahkan berhadapan dengan satu bencana yang lebih bahaya dari itu, iaitu senjata sosial yang dapat menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan yang telah Allah S.W.T muliakan manusia dengannya, Ini kerana globalisasi bukan hanya digunakan untuk penguasaaan ketenteraan dengan senjata pemusnah, bukan hanya unutk penguasaan ekonomi dan politik bahkan untuk membunuh keimanan, akidah, akhlak, dan nilai-nilai kemanusiaan.
Teknologi media yang canggih digunakan untuk meyebarkan ideologi yang memusnahkan keimanan sebahagiaan besar pimpinan Negara umat Islam. Walaupun sebahagiaan besar negara umat Islam telah merdeka tetapi masih wujud sisa-sisa tinggalan penjajah yang mereka suburkannya dan laksanakanya untuk memerintah anak bangsanya sendiri. Ketahuailah mereka adalah penyeru-penyeru kepada pintu nereka jahanam.
Para amilin di medan dakwah Islam perlu menghadapi cabaran dalaman dan luaran secara bersama dalam satu saf untuk menyelamatkan umat ini, dari bahaya globalisasi dan bala ketenteraanya. Cabaran dalaman ialah dari diri mereka sendiri iaitu kejahilan dan penyakit al-wahn  yang membawa kepada perasaan selesa dengan penjajahan bentuk baru ini dan menyerah diri kepada strategi dan program-program musuh untuk melagakan kita.
Kita perlu membersihkan pemikiran kita dari segala serangan pemikiran dan menyedari tentang betapa pentingnya kembali kepada Islam. Kita juga perlu megikuti nasihat kepada Allah S.W.T (mengikuti perintah dan meninggalkan laranganNya), kepada rasul-Nya (berpegang dengan sunnah ajaran baginda) dan kepada pemimpin muslimin dan seluruh kaum muslimin umumnya.
Manakala cabaran luaran pula ialah perancangan strategi yang baru yang diatur untuk melancarkan serangan ketenteraan dan menguasai sesuatu negara dari sudut politik, ekonomi, penjajahan sosial dan pendidikan dengan nama yang sopan dan indah ini: GLOBALISASI.
Menjadi kewajipan kepada kerajaan di dalam dunia Islam untuk megambil langkah berjaga-jaga dari wabak yang mengacam dunia ini. Setengah pihak dari dunia barat sendiri yng sedar tentang bahaya ini, telah menentang pengunaan globalisasi dari sudut kepentingan material semata-mata. Kita sebagai umat Islam, mesti mempunyai pandangan yang lebih luas dari itu. Kita berpendirian bahawa globalisasi adalah merupakan bahaya yang amat besar kepada kemanusiaan.
Umat Islam keseluruhannya perlu mempunyai pendiriaan yang bersepadu mengenainya kerana alternatif untuk mengatasinya adalah hanya pada Islam. Inilah pandangan dunia keseluruhannya selepas kejatuhan Soviet Union. Cabaran yang tunggal kepaada penguasaan barat dan globalisasi ciptaan Amerika Syarikat yang ingin menguasai dunia dengan risalah jahiliah pasca moden adalah Islam dan Umatnya.     

Dipetik dari buku Globalisai, Pendirian Islam Mengenainya oleh:
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melaka
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...