Pages

Tuesday

NUKILAN PERJALANAN HIDUP MANUSIA


Maksud Firman Allah Taala:
Bagaimana kamu menjadi kufur terhadap Allah sedangkan kamu bermula  dari mati (tiada) kemudian Dia menghidupkan kamu kemudian Dia mematikan kamu kemudian kepada Dia kamu dikembalikan.

(Surah al-Baqarah : 28)

Tiap-tiap minit itu menyatakan perjalanan hidup manusia yang perlu direnung dan difahami sedalam-dalamnya supaya ktia meyendari betapa besarnya kurnia Allah dan betapa beratnya tanggungjawab kita di hadapan Allah S.W.T. Ianya bermula daripadad mati (tidak ada apa-apa) kemudian Allah menjadikan bumi dan segala bahan diatasnya terdiri daripada tanah yang berbagai-bagai jenis. Tumbuh-tumbuhan yang bermacam jenis strukturnya terdiri daripada sesuatu boleh melahirkan berbagai-bagai makhluk dianataranya manusia.

Allah memulakan kejadian manusia dengan menciptakan Adam. Ini menolak tanggapan dibuat oleh seorang yahudi  (teori Darwin) yang merendhkan martabat manusia dengan meletakkan taraf manusia kepada kebinatangan kemudian beransur-ansur mencecah alam pemikiran akal sebagai seorang manusia. Islam telah meletakkan pencipta manusia adalah Allah S.W.T.

Allah S.W.T memulakan ciptaan Nabi Adam a.s daripada tanah. Kemudian dijadikan isterinya Hawa daripada Nabi Adam a.s iaitu tulang rusuknya  Dan begitulah juga berkuasanya Allah menciptakan Isa a.s daripada seorang perempuan yang tidak pernah berkahwin dan tidak pernah melakukan persetubuhan dengan mana-mana lelaki menegaskan betapa Maha Berkuasanya Allah S.W.T

Allah menjadikan manusia daripada benih-benih yang diletakkan didalam ibu bapa mereka yang terdiri dari kalangan lelakidan perempuan dan enih itu terlalu banyak.

Oleh kerana itu Allah menghargai diri manusia dan nyawa mereka dengan harga yang mahal. Seorang yang melakukan pembunuhan dianggap berdosa besar  selepas syirik dan dari 7 dosa besar yang dibagitahu oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud Firman Allah Taala:
“Sesungguhnya Allah telah memutuskan hokum kepada bani Israel, sesiapa yang membunuh satu nyawa seoleh-oleh membunuh manusia seluruhnya dan sesiapa yang meyelamatkan satu nyawa seolah-olah ia meyelamatkan manusia seluruhnya. Dan demi sesungguhnya telah datang  kepadad mereka rsul-rasul  Kami dengan membawa keterngan yang cukup terng kemudian sesungguhnya kebanyakkan mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi”
(Surah al –Maidah : 32)

Manusia tidak boleh menciptakan dirinya sendiri, Allah yang menciptakan segala-galanya termasuk manusia.

Begitulah megikut akal yang waras dan bijaksana yang disuluh oleh cahaya pentunjuk daripada Allah melalui nabi-nabi dan rsul-rsul a.s yang wajib bersifat benar, amanah, meyampaikan, bijaksana yang tidak gentar dalam menegakkan agama Allah S.W.T.

Allah yang menghidupkan manusia dan menjadi tanda kekuasaan Allah. Kita melihat tanda kebesaran sesuatu kerajaan itu ialah rakyat, petugas-petugas, pengwai-pengwai, undang-undang dan peraturan –peraturan yang dilaksanakan sedangkan kerajaan Allah tiada bandingan dan tandingannya.
Diantara tanda ketuhanan Allah ialah kewujudan manusia yang menjadi sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai peranan dan tugas tersendiri dan mesti difahami oleh manusia.

Menjadi hikmah yang sangat besar bagi setiap orang Islam yang beriman kepada Allah. Mereka diwajibkkan meyebut pada  tiap-tiap sembahyang

“Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam” (al-Fatihah : 2)

Perkataan ‘Rab’ dalam ayat diatas ini bermakna yang mencipat dan mentadbir.Iaitu mentadbir dan mengurus alam seluruh alam ini.

Diantara cara Allah mentadbir dan menguruskan alam ini ialah dengan memperkenalkan undang-undang dan peraturan. Manusia yang menjadi sebagian dri makhluk Allah dikurniakan kepada mereka undang-undang dan peraturan yang dinamakan ad-Din yang terkandung didalamnya kepercayaan hati, hokum syariah, perangai dan akhlak.

Semua peraturana yang ditetapkan oleh Allah tehadap makhluk mengandungi rahmat dan kurnia yang tidak terhingga termasuk perkara agama yang diwjibkan kepada manusia. Ini merupakan suatu kurnia daripada rahmat Allah kasihan belas dan sayangnya kepada hamba-hambaNya.

Segala perkara yang ditetapkan oleh Allah adalah kebaikan kepada manusia. Perkara yang dilarang oleh Allah adalah mudharat kepada manusia. Menunaikan kebajikan untuk patuh kepada  perintah Allah dan meninggalkan larangaNya adalah satu tangungjawab mengabdikan diri kepada kepada-Nya yang menjadi ciri penting dalam penciptaan manusiadan kehidupan mereka diatas muka bumi ini.

Ini satu kemuliaan tang diberi oleh Allah kepada mnusia. Mereka mentadhbir makhlk lain yan ada dimuka bumi ini. Walaupun makhluk itu lebih keras , berat dan kuat daripada manusia. Kita melihat bagaimana manusia boleh megendalikan jentera yang besar dan berat. Seorang manusia boleh menjinaakn binatang, menternak, mentadbir tumbuh-tumbuhan dan tanam-tananman.

Makhluk-makhluk yang lain yang  ada disekitar bumi ini ditadbir oleh manusia dengan satu tangung jawab yang ditetpkan oleh Allah S.W.T. Bagi memelihara  keharmonian yang wujud dialam ini, sebarang tidakan yang bercanggah dengan peraturan yang ditetapka noleh Allah akan merosakkan dunia dan merosakkan diri manusia.

Bukan sahaja perkara-perkara yang haram membawa penyakit kepada diri manusia bahkan perkara-perkara haram itu memusnahkan dan megorbankan alam sekitar yang lain. Kita melihat hari ini merebaknya pelagai jenis penyakit, yang menimpa jasad manusia bermula dari penyakit social kepada penyakit sosial kerana mereka melakukan perkara-perkara yang iharamkan oleh Allah Bukan sahaja dalam konteks individu malah dalam konteks masyarakat, bukan sahaja dengan masyrakat sekampung dan senegara malah masyrakat sedunia.

Terdapat dikalangan manusia yang dikurniakan ilmu yang banyak oleh Allah pun sanggup meninggalkan hokum Allah. Bahkan mereka itu lebih ganas daripada binantang yang buas , mencipta senjata-senjata yang boleh membunuh berjuta manusia dalam sekelip mata. Kerana tamak haloba, manusia sanggup melakukan kemusnahan sehingga berlakunya perubhan alam berpunca dari lapisan ozon dan sebagainya yang mempengaruhi alam sekitar bukan sahaja penyakit yang melanda diri, bahkan penyakit yang melanda alam sekitar.

Benarkah firman Allah taala yang bermaksud:
“Telah nyata keburukan didarat dan dilaut hasil kerja yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian perbuatan mereka mudah-mudahan mereka kembali kepada kepada kebenaran yang dinyatakan oleh Allah”    (Surah al-Rum: 41)

Manusia hendaklah meyedari bahawa mereka mempunyai tangungjawab diatas muka bumi  ini dan tidak ditinggalkan begitu  sahaja bahkan seluruh hidup mereka tidak diciptakan begitu sahaja.

Semua manusia akan dimatikan oleh Allah walau bagaimanapun lanjutnya usia mereka temasuk nabi-nabi dan rasul-rasul a.s yang paling dikasihi dan dicintai oleh Allah S.W.T
Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Tiadalah Muhammad itu melainakan seorang rasul telah berlalu sebelumya rasul yamg lain yang telah mati telah meninggal dunia. Jika demikian kalau ia pula  mati atau terbunuh, (patutkah ) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) ?dan ingatlah sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allahsedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan member I balasan pahala kepada kepada orang-orang yang bersyukur(  akan nikmat Islam yan tidak ada badingnya itu)”.  (Surah al-Imran : 144)

Ayat ini dibaca oleh Abu Bakar as-Siddiq ketika para sahabat dalam kesedihan menerima kewafatan Rasulullah  S.A.W.
Tiap-tiap orang ada ajal bahkan tiap-tiap bangsa ada ajalnya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh ( yang telah ditetapkan ) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiakan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka dahulukan”
( Surah al-A’raf : 34)

Disana ada bangsa yang sudah hilang wirayatnya. Bangsa Sam dan keturunan Yusya’ bin Nun a.s

Banyak bangsa yang wujud dizaman dahulu sudah tamat riwayatnya. Begitulah bangsa yang ada pada hari ini, terpulanglah kepada samaada kita hendak pakai atau tidak kata-kata hang Tuah, “ takkan hilang melayu didunia”

Semua manusia akan dimatikan oleh Allah. Setelah mereka mati, mereka akan berdepan dengan alam barzakh, alam kubur yang lebih panjang dari alam hidup  didunia ini. Barang kali kita terlupa mereka yang telah dikebumikan didalam kubur itu lebih lama dari berada di alam kehidupan.

Ada yang telah mati beribu-ribu tahun dahulu pada hal umur mereka dahulu dalam kehidupan dunia lebih pendek daripada itu. Disana ada fitnah dan ujian sebelum menghadapi alam  akhirat. Allah meyuruh kita megambil iktibar dari alam barzakh melalui tidur yang ada dalam diri masing-masing.

Tidur adalah sebahagian daripada mati supaya kita megambil contoh dan teladan setelah kita bangun dari tiudr kita membaca doa kepada Allah
Bermaksud: “ Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia meatikan kami kemudian kami bertebaran kepadaNya”

Dalam kehidupan didunia  apabila kita bangun daripada tidurdan setelah membersihkan diri, kita berselarak kesana ke mari menjalankan tugas masing-masing. Tetapi hidup selepas mati, manusia berduyun-duyun dihimpunkan di padang Mahsyar. Mati adalah perkara benar dan tidak boleh dinafikan lagi.

Begitulah ujian yang dihadapi oleh manusia ketika menghadapi mati. Hanya amalan-amalan mereka dahulu di dunia menjadi teman mereka sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia, yang paling dulu terpisah dengan kita adalah harta kecuali kain kafan dan peralatan untuk megebumikan mayat itu sahaja.

Semua harta yang lain teputus hubungan kecuali beberapa perkara yang diperuntukkan oleh Allah seperti sedekah jariah , anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Yang lain daripada semua itu semuanya putus hubungan dengan si mati.

Semua manusia yang berkenaan pulang ke rumah masing-masing. Tinggal si mati itu seorang diri di dalam kubur. Yang terus bersama dengan da ialah iman dan amal soleh. Inilah persediaan untuk mati.

Fitnah kubur adalah ujian pertama yang dihadapi manusia setelah dia mati. Soalan yang penting daripada malaikat yang ditugaskan oleh Allah ialah siapa Tuhan yang mentadbir dan mencipta serta megendalaikan segala urusan.

‘Rab’ dengan makna Tuhan yang mencipta dan Tuahn yang megendalikan serta mentadbir urusan dan Tuhan yang layak disembah.

Menjadi satu hikamat yang besar para malaikat bertanya  “Ma Rabbuka?” yang bermaksud “ siapa Tuhan yang mencipta dan megendalikan urusan kamu?”

Seseorang yang beriman dengan iman yang benar yang dilhamkan oleh Allah dapat melepaskan diri dari soalan-soalan ini. Manusia yan tidak beriman dan tidak yakin, mereka akan menjawab apa yang mereka yakin diatas dunia ini. Disebut dalam hadith dia tidak boleh menjawab soalan berkenaa. Ada yang menjawab: “ Oleh kerana orang ramai yan megatakan Allah itu ad, saya pun ikut oran ramai kata”.

Mereka ang menjawab bukan dengan keyakinan mereka sendirii, ini adalah contoh ujian. Yang menjadi hujah ialah iman dan amal yang salih. Manusia akan dihidupkan oleh Allah, Allh akan menujukkan bagaimana kekuasaan-Nya unutk menghidupkan bumi ang mati dan binatang yang mati keluar ulat-ulat yang hidup.

Selepas itu bumi yang mati, rumput yang kering  dibakar hangus menjadi abu apabila turun hujan, bumi kembali menjadi subur. Kita melihat biji yang kecil boleh menumbuhkan pokok yang besar tidak padan dengan biji benig yang kecil.

Ini adalah dalil kekuasaan Allah yang diperlihatkan dihadapan kita. Begitulah kamu akan dihidupkan dan akan dipersoalkan oleh Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Kemudian kamu  dikembalikan kepadana( dalam keadaan kamu tidak tahu apa yang dinantikan)” (Surah al-Baqarah : 28)

Perkataan ‘turja’un’ megikut nahu bahasa arab ‘Mabniyyal majhul’ yakni satu perkataan yang menjadikan seseorang tidk tahu apakah nasib yang akan berlaku. Adakah nasibya ke syurga @ ke neraka terpulang kepada Allah S.W.T.

Dipetik dari buku Keta’aan dan Ubudiyah oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang

"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...