Pages

Monday

DIMANANAKAH PERJUANGANMU SEBENAR (1.0)

          
          Telah lama kita merdeka. Memiliki negara sendiri yang kita katakan berdaulat diluar dan didalam. yang kita katakan maju diluar dan maju didalam. Dalam waktu selama ini kita belum dapat melakukan kan sesuatu perbuatan yang asasi, yang bersifat fitrah,merubah susunan serta isi bebtuk masyrakat kehidupan, masyrakat kita. Kabinet jatuh dan berdiri,pergi dan datang, saling bertukar ganti, terumbang ambing oleh gelombang arus dalam dewan perwakilan rakyat, (Parlimen), yang tidak mencerminkan aliran hidup dalam masyarakat kita. tidak mewakili pandangan ramai, kerana datangnya kesana bukan kerana pilihan tapi angkatan. 

         Umat Islam yang diketahuai adalah umat yang terbesar dalam masyarakat kita, dalam parlimen kita sekarang, sebenarnya adalah golongan minoriti dalam parlimen itu sendiri. Tidak hairanlah dalam perjalanan parlimen sekrang ini, Umat Islam yang begitu bersungguh dalam menperjuangkan aqidah Islam, tidak dapat megemukakan @ memperjuangkan soal-soal prinsip dan dasar dalam parlimen kerana selalu sahaja kalah suara, walaupun golongan ini mempunyai hujah yang kuat. Dikalahkan oleh golongan besar, golongan yang tidak mewakili aqidah Islam, walaupun mereka mengaku adalah umat Islam.

         Kita kena selalu ingat, dewan perwakilan rakyat adalah sifatnya sementara, faham kedaulatan rakyat belum pernah dilaksanakan. Rakyat yang berdaulat belum pernah ditanya dan diminta suaranya, siapa yng dipercayai sebagai wakilnya dalam dewan-dewan perwakilan rakyat. Rukun negara yg duja bukan lah datang @ wujud dengan kehendak @ persetujuan semua rakyat, kerana pegertiannya yagn kabur dan samar. Tidak ada penjelasan dan pentafsirannya.sebelum pilihan raya umum dilakasanakan. Oleh itu negara kita berdiri atas dasar yang rauh dan goyah, tidak tegak diatas dasar yang teguh dan tegap. Undang-undang dasar @ rukun negara yang dibina atas perbincangan beberapa orang ahli parlimen,dianggap sebagai falsafah negara, tidak mungkin dapat memberi kepuasan kepada rakyat yang banyak, kerana isinya tidak tegas.

       Kita ambillah contoh yang pertama dalam rukun negara,iaitu kepercayaan kepada tuhan, setiap orang di negara kita mempunyai tafsiran sendiri tentang kepercayaan kepada tuhan. Kenyataan sehari-sehari menunjukkan bahawa pegertian kepercayaaan kepada tuhan adalah sekadar retorik dan semboyan semata-mata, bahkan menjadi ubat pelali kepada kaum-kaum muslimin sendiri. Kepercayaan kepada tuhan tidak digunakan untuk amar maaruf dan nahi mungkar. Kepercayaan kepada tuhan tidak dilakukan untuk hukum dan syariat Islam. Kepercayaan kepada tuhan tidak digunakan untuk menegakkan tauhid dan meenghacurkan syirik. Kepercayaan kepada tuhan tidak digunakan untuk bertahkim, megembalikan segala urusan, dan meyelesaikan setiap sengketa dan perselisihan.

        Begitu juga dengan rukun2 yang lain, Kedaualatan undang-undang, Keluhurun perlembagaan, Kesopanan dan kesusilan, dan apatah lagi Ketaatan kepada raja dan negara. Bagaimanakah faham tentang Kedaulatan undang-undang? Apakah pula falsafah Kesopan dan kesusilaan? Adakah dengan menghilangkan hak perseorangan? Suara rakyat belum pernah didengar untuk menjawab pertanyaan dia atas. Apa dan bagaiamana perlaksanaan faham tentang kedaulatan undang-undang? Apakah rakyat yang melanggar undng-undang, maka mereka dianggap salah?pegawai dan pemerintah yang mencabul dan menodai undang-undang,lantas mereka ini tidak dianggap bersalah? Apakag dan bagaimanakah perlaksanakan faham kedaulatan rakyat (demokrasi)?
Apakah benar suara rakyat adalah suara tuhan?
Apakah betul segala kebenaran itu, ukurannya adalah suara terbanyak, setengah tambah satu?
Seperti demokrasi barat?
Ataukah seperti Eropah Timur, yang terkenal dengan demokrasi central (pemusatan)?
Atau memang begitu cara kefahaman, dan falsafah demokrasi dalam Islam, dan appakah dalam Islam ada demokrasi? Seperti mana disokong kini?
          Halal dan haram megikut @ menurut suara terbanyak? kalau begitu tentu tentunya faham tentng demokrasi tang ada sekarang, adalah faham setengah tambah satu, Selama mana pungutan rakyat sebagai dasar perlasana dasar kepada negara kita, dasar kedaultan rakyat. Faham seperti ini tidak mungkin berubah, meskipun bertentangan dengan hukum dan syariat Islam. Begitu juga orang-orang yang duduk megemudi negara,(menteri @ presiden), mereka ini belumlah megambarkan hasil pilihan rakyat, tidak semestinya orang kepercayaan rakyat,orang yang dipercayai iman dan Islamnya, aqidah dan keikhlsannya,sebagai orang yang memrintah..

akan bersanbung..

"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...