Pages

Tuesday

RENUNGKANLAH DAN ERSYUKURLAH


Setiap manusia seharusnya selalu megingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNYa telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamaanan Negara, hutan belantara,udara dan air serta serta masih banyak lagi nikmat selainnya yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.
….sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya… (Ibrahim : 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Dunia ini berserta apa yang ada di dalamnya, telah diciptakan Allah unutk kita, tetapi kita tidak pernah menyedarinya; kita meguasai kehidupan tapi tidak pernah mengetahuinya.
Dia telah memberikan  nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin…(Luqman : 20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? ( Ar-Rahman: 13)

Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua belah kaki adalah perkara yang biasa, padahal masih banyak lagi manusia didunia ini tidak dapat berjalan kerana tidak mempunyai kaki? Apakah kita mengira bahawa berdiri tegas diatas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah dan senang?Padahal masih banyak manusia yang lain yang kehilangan betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memjamkan kedua  mata, sementara masih ramai yang lain masih tidak dapat tidur kerana sakit yang ditanggungnya? Pernahkah kita merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih masih ramai lagi yang tidak dapat makan dan minum kerana pennyakit yan mereka hadapinya?

Renungkanlah betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan kita dari kutilian dan kepekakan, penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan, dan ingatlah kulit kita yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal da kudis.Perhatikan juga fungsi otak kita. Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan?

Apakah kita ingin mengatikan mata kita dengan emas setinggi gunung uhud?inginkah kita menjual pendengaran kita seharga perak satu bukit? Apakah kita mahu beli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah kita, namun kita bsiu? Adakah kita mahu menukar tapak tangan kita dengan butiran permata dan berlian?tetapi tangan kita kudung?

Kita sebenarnya telah meraup kenikamtan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayngny kita tidak perasaan dan meyedarinya. Bahkan kita hidup dalam ketidakpastiaan dan terperangkap dalam kesedihan, padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diminum, dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan kita yang stabil.

Kita sering meikirkan sesuatu yang sudah hilang,sehingga kita gagal mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih sebab kekurangn material, padahal kita masih memilik kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaian, kenikamatan dan banyak lagi. Oleh itu renungkanlah dan bersyukurlah.
Pada diri kalian jug terdapat tanda –tanda kekuasaan  Allah. Apakah kalian tidak memerhatikannya? (Az-Zariyat: 21)

Lihatlah diri kita, keluarga, temapt tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia  sekeliling anda. Dan janganlah termasuk dalam golongan ini.
Mereka megetahui bahawa semua nikmat yag ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya...(An-Nahl: 83)


Sumber rujukan : La tahzan oleh Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni

"SALAM PERJUANGAN
SEKENCANG DAKWAH"

tukang kata @ aritive.blogspot.com
Ayer Keroh, Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...